Collector
Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita | Collector
Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita
Sinar Harian

Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita

SUBANG JAYA - Polis giat memburu seorang lelaki yang disyaki merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di sini.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan diterima pihaknya pada jam 1.16 petang Ahad lalu berkenaan kejadian yang memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit dan disyaki merakam gambar pelanggan wanita.Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti mangsa yang terlibat."Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222 atau balai polis berhampiran," ujarnya.Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di media sosial Facebook atas nama Yixin Siew dan Instagram yixin_0111.

Go to News Site