Sinar Harian
KULIM - Seorang wartawan dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan kes pencerobohan kilang di Kulim Hi-Tech Park, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkefli Azizan berkata, sebelum itu, polis telah menahan lapan individu pada Jumaat dan seorang lagi pada Sabtu, bagi membantu siasatan kes terbabit.Menurutnya, kesemua suspek ditahan berumur antara 22 hingga 62 tahun."Pengadu merupakan ketua pengawal keselamatan membuat laporan berkaitan satu kejadian pencerobohan oleh beberapa kenderaan yang tidak dikenali ke dalam kawasan di Kampung Sungai Seluang, Lunas."Kejadian berlaku pada 26 Mac jam lebih kurang antara jam 3.16 hingga 3.24 petang iaitu sebanyak lapan buah kenderaan yang tidak dikenali telah memasuki kawasan kilang melalui pintu pagar utama tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dua orang pengawal keselamatan yang bertugas mendakwa telah cuba menahan dan menghalang kemasukan kenderaan tersebut, namun arahan terbabit tidak diendahkan menyebabkan semua kenderaan meluru masuk ke dalam kawasan premis.Jelasnya, individu yang hadir didakwa telah membuat rakaman video dan mengambil gambar kawasan kilang."Selepas itu, semua kenderaan tersebut dikatakan telah mengelilingi kawasan kilang sebanyak satu pusingan sebelum bertindak keluar semula melalui pintu pagar utama," katanya.Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian sehingga boleh menggangu siasatan."Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat, sila tampil membantu siasatan."Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya.
Go to News Site