Collector
BNM umum dividen RM5 bilion kepada kerajaan | Collector
BNM umum dividen RM5 bilion kepada kerajaan
Sinar Harian

BNM umum dividen RM5 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2025.BNM dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan pada Selasa berkata, jumlah itu merupakan pembayaran dividen tahun kedua berturut-turut pada kadar sama selepas agihan tertinggi RM5.25 bilion pada 2024."Keuntungan bersih selepas cukai mencatat RM12.45 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM13.16 bilion pada tahun sebelumnya."Prestasi itu dipengaruhi oleh pendapatan keseluruhan yang lebih rendah iaitu RM14.35 bilion berbanding RM14.98 bilion pada 2024 selepas mengambil kira kos pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari," menurut laporan itu.Tambahnya, daripada jumlah keuntungan tersebut, sebanyak RM7.45 bilion dipindahkan ke dalam rizab risiko bank pusat."Rizab risiko meningkat kepada RM155.31 bilion pada akhir 2025 berbanding RM147.90 bilion pada tahun sebelumnya."Sebanyak 85 peratus aset BNM adalah dalam mata wang asing. Justeru, pembentukan rizab risiko yang mencukupi penting bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran kewangan serta turun naik kadar pertukaran," jelasnya.Menurut laporan itu lagi, jumlah aset BNM mencatat RM602.22 bilion setakat akhir Disember 2025, susut berbanding RM621.54 bilion pada tahun sebelumnya."Penyusutan itu sebahagian besarnya dipengaruhi kesan terjemahan mata wang susulan pengukuhan ringgit."Rizab antarabangsa kekal sebagai komponen terbesar aset bank pusat pada RM509.79 bilion berbanding RM520.13 bilion pada 2024," menurut laporan itu.Tambahnya, liabiliti bank pusat itu terdiri terutamanya daripada mata wang dalam edaran berjumlah RM177.75 bilion pada 2025 berbanding RM170.72 bilion pada 2024 serta deposit oleh institusi kewangan sebanyak RM118.06 bilion berbanding RM131.92 bilion sebelum ini."Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, BNM mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM12.45 bilion berbanding RM13.16 bilion pada tahun sebelumnya."Ia susulan pendapatan berjumlah RM14.35 bilion berbanding RM14.98 bilion, selepas ditolak kos pengurusan portfolio rizab dan operasi monetari," jelasnya.Beliau berkata, pada 2025, BNM membelanjakan RM1.86 bilion bagi mengurus organisasinya."Daripada keuntungan bersih sebanyak RM12.45 bilion, sebanyak RM7.45 bilion dipindahkan kepada Rizab Risiko berbanding RM7.91 bilion pada tahun sebelumnya."Ini menjadikan jumlah rizab tersebut meningkat kepada RM155.31 bilion pada akhir 2025 berbanding RM147.90 bilion," ujarnya.Tambahnya, memandangkan 85 peratus daripada aset BNM adalah dalam denominasi mata wang asing, penting bagi BNM untuk membina rizab risiko yang mencukupi."Ini membolehkan BNM menampan volatiliti pasaran kewangan serta turun naik kadar pertukaran aset mata wang asing," jelasnya.

Go to News Site