Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Satu insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori tangki dilaporkan berlaku di KM40.6 arah utara, antara laluan Kulai ke Sedenak pada Selasa dan menyebabkan semua lorong terhalang.Menurut laporan dari laman X @plustrafik, keadaan trafik mula sesak sejak jam 12.30 tengah hari dengan kenderaan tidak bergerak sehingga lima kilometer.Status terkini pada jam 1 tengah hari menyatakan trafik masih terhenti sejauh sembilan kilometer dan semua lorong arah utara masih ditutup.Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberi laluan kepada petugas kecemasan yang berada di lokasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa.Pemandu juga digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.Maklumat terkini dan status trafik boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik di https://x.com/plustrafik.Dalam pada itu, pengesahan sedang diperoleh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Go to News Site