Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Majistret, di sini pada Selasa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki berhampiran kelab malam, di sini bulan lalu.Tertuduh, Muhammad Arif Saiyadi, 25, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 32 tahun pada jam 5.30 pagi di Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 14 Mac lalu.Bagi perbuatan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan tarikh 3 Jun depan sebagai sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat, kimia dan DNA.Sementara itu, rakan tertuduh, Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain, 33, turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di lokasi dan hari yang sama.Di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, tertuduh mengaku bersalah mencederakan Mohamad Adam Haikal Zakaria, 26, dalam kejadian pada jam 4.30 pagi.Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran setelah mengambil kira kecederaan dialami mangsa.Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan denda RM1,700 dan penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Go to News Site