Collector
[VIDEO] Yayasan Kubra berjaya ketepi keputusan awal inkuiri kuil di Rawang | Collector
[VIDEO] Yayasan Kubra berjaya ketepi keputusan awal inkuiri kuil di Rawang
Sinar Harian

[VIDEO] Yayasan Kubra berjaya ketepi keputusan awal inkuiri kuil di Rawang

SHAH ALAM – Yayasan Kubra berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, untuk mengetepikan keputusan awal Mahkamah Majistret Selayang untuk meneruskan inkuiri aduan pembinaan rumah ibadat di tanah tidak sah, berhubung pertikaian tanah dan kemungkinan pecah keamanan di Rawang.Pesuruhjaya Kehakiman, Suriyati Hasimah Mohd Hashim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff yang mewakili Yayasan itu selaku pemohon dan peguam, Rajesh Nagarajan bagi pihak Persatuan Penganut Sri Uchimalai Muniswaraman sebagai responden.Semasa membaca keputusan dalam prosiding pendengaran semakan, Suriyati Hasimah berkata, mahkamah telah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak dan meneliti dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.Katanya, mahkamah juga mengambil keputusan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa di negara ini."Mahkamah membenarkan permohonan pemohon maka keputusan Mahkamah Majistret Selayang diketepikan."Sekiranya pihak-pihak tidak berpuas hati, boleh memfailkan rayuan dan mahkamah akan menyediakan alasan penghakiman tersebut," katanya.Pada 13 Mac lalu, Mahkamah Majistret Selayang memutuskan, wujud pertikaian berkaitan status pemilikan tanah yang menempatkan binaan kuil terbabit.Majistret, Chai Guan Hock kemudiannya memerintahkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertikaian tersebut hadir ke mahkamah untuk pendengaran inkuiri di bawah Seksyen 99(4) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).Beliau juga meminta mereka memfailkan kenyataan bertulis berkenaan milikan sebenar terhadap tanah tersebut.Mahkamah juga memerintahkan, salinan perintah disampaikan kepada pihak-pihak yang dinamakan dalam kes saman tersebut menurut kanun tatacara jenayah.Katanya, salinan perintah perlu dipamerkan di tanah tersebut iaitu di kawasan Rawang Perdana 2.AKAN MENYUSUL

Go to News Site