Collector
Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak hari ini kemuka cerita, kronologi baharu | Collector
Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak hari ini kemuka cerita, kronologi baharu
Sinar Harian

Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak hari ini kemuka cerita, kronologi baharu

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Selasa, menyaksikan kemunculan seorang saksi kanak-kanak yang membawa kronologi baharu berhubung kejadian menimpa pelajar berkenaan.Saksi ke-65 itu tampil memberi keterangan berkaitan insiden sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu.Peguam, Shahlan Jufri berkata, saksi berkenaan tidak tersenarai dalam prosiding tahun lalu, sekali gus menjadikan keterangannya sebagai perkembangan baharu dalam inkues tersebut."Untuk pengetahuan, saksi kanak-kanak ini belum selesai hari ini. Untuk bahagian kami, kami sudah selesai menyoal tetapi peguam lain belum selesai."Jadi esok saksi ini akan sambung memberi keterangan. Secara ringkasnya, kami tidak boleh dedahkan keseluruhan kerana prosiding belum selesai."Tetapi apa yang boleh dimaklumkan, saksi ini tidak ada dalam senarai saksi tahun lalu. Sebelum ini kita anggap saksi kanak-kanak sudah selesai, namun tahun ini muncul seorang saksi dengan kronologi yang baharu dan berbeza," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri prosiding inkues di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.Menurutnya, berdasarkan keterangan awal, saksi tersebut turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pelajar lain serta kejadian yang berlaku pada malam berkenaan.Mengulas kemunculan saksi itu, Shahlan berkata identiti dan maklumat saksi berkenaan hanya diketahui baru-baru ini selepas kanak-kanak terbabit menceritakan perkara tersebut kepada ibunya."Nama saksi ini tidak pernah timbul sebelum ini, termasuk dalam prosiding tahun lalu. Dia memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum bulan puasa tahun ini, dan ibunya kemudian menghubungi seorang guru di sekolah berkenaan sebelum saksi tampil memberi keterangan."Mengikut keterangan, tahun ini baru dia tampil memberi keterangan secara terperinci kepada pihak polis," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata keterangan penuh saksi berkenaan dijangka akan diperincikan selepas prosiding sambungan yang dijadualkan berlangsung esok.Shahlan bersama rakan sepasukannya, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.Sementara itu, peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Turut mewakili lima remaja lain yang terlibat dalam inkues ini ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Go to News Site