Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Polis meminta orang ramai membantu mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang di Kampung Pasir, Tampoi di sini, sejak Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha dalam kenyataan berkata, laporan kehilangan Syamir Zikri Abdullah, 12, dan Aiman Haikal Kuzainai, 11, dibuat sendiri oleh ayah mangsa.Beliau berkata, kali terakhir Syamir Zikri dan Aiman Haikal dilihat di alamat bernombor 1826 Jalan Mata Kucing 1, Kampung Pasir, Tampoi kira-kira 12 tengah hari pada Jumaat.Syamir Zikri berketinggian 91 sentimeter dengan berat 30 kilogram (kg), berambut lurus pendek hitam, berkulit gelap dan memakai baju hijau pekat berbelang hitam serta berseluar sut balapan berwarna hitam.Aiman Haikal pula berketinggian 90 sentimeter dengan berat 33 kg, berambut lurus pendek hitam, berkulit cerah dan memakai baju hijau putih dan berseluar pendek berwarna oren.Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mun Nyanggau di talian 019-257 4051 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di 07-556 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama
Go to News Site