Collector
Polis buru empat suspek kes tetak di Triang | Collector
Polis buru empat suspek kes tetak di Triang
Sinar Harian

Polis buru empat suspek kes tetak di Triang

BERA - Empat suspek dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes tetak seorang lelaki menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.16 malam itu, mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah akibat ditetak.Menurutnya, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh."Susulan laporan polis berhubung kejadian yang diterima jam 12.46 pagi pada Isnin lalu, polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Empat suspek berusia 27 hingga 39 tahun itu diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Zulkiflee turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki terbabit supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes di talian 014-2250306 atau talian IPD Bera Ibu 09-250 8222.

Go to News Site