Collector
Insiden cemas budak tersangkut atas pokok petai bertukar lucu | Collector
Insiden cemas budak tersangkut atas pokok petai bertukar lucu
Sinar Harian

Insiden cemas budak tersangkut atas pokok petai bertukar lucu

SHAH ALAM – Insiden cemas seorang kanak-kanak lelaki tersangkut di atas dahan pokok petai yang akhirnya bertukar lucu dan mencuit hati, tular di media sosial.Menceritakan detik itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Norafida Azmi, 40, memberitahu, kejadian itu berlaku pada hari raya kedua ketika mereka sekeluarga berkunjung ke rumah saudara sebelah suami di Machang, Kelantan.Menurutnya, anaknya, Sayed Afiq Rayyan Syed Amer Syazuan, 11, sememangnya seorang yang lasak dan gemar mencuba sesuatu yang baharu."Waktu itu kami baru sampai dan sedang menikmati juadah raya di dalam rumah, manakala anak saya berada di luar bersama bapa saudaranya di halaman."Tiba-tiba saya terdengar mereka memanggil dalam nada cemas mengatakan anak saya tersangkut di atas pokok dan tidak dapat turun," katanya.Norafida berkata, sebaik melihat keadaan tersebut, beliau terus bergegas keluar dan mendapati anaknya berada di atas pokok dalam keadaan ketakutan."Dia kata panjat boleh tetapi tidak mampu turun kerana takut," ujarnya.Tambahnya, sebagai ibu, perasaannya bercampur baur antara risau, marah dan geram melihat situasi berkenaan.Bagaimanapun, suasana bertukar kelakar apabila melihat gelagat anaknya yang tersangkut di atas pokok dengan reaksi mencuit hati."Semua orang sibuk mencari idea untuk menurunkannya. Dia sebenarnya mahu membantu bapa saudaranya mengait buah petai."Mungkin nampak seronok, itu yang dia cuba sendiri. Tapi bila sudah di atas, dia panik sebab tak tahu cara turun dengan selamat," jelasnya.Menurut Norafida, usaha menurunkan anaknya mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum berjaya dibantu oleh suaminya.Katanya, meskipun pada awalnya mencetuskan kebimbangan, kejadian tersebut kini menjadi kenangan manis buat keluarga mereka."Saya syukur tiada apa-apa yang berlaku. Anak saya pun tidak trauma, malah ketawa bersama ahli keluarga lain selepas kejadian itu," katanya.

Go to News Site