Sinar Harian
KLANG – Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Go to News Site