Collector
Tiga individu disiasat sebar maklumat palsu tarif elektrik | Collector
Tiga individu disiasat sebar maklumat palsu tarif elektrik
Sinar Harian

Tiga individu disiasat sebar maklumat palsu tarif elektrik

CYBERJAYA – Tiga individu disiasat kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan tarif elektrik di beberapa platform media sosial sehingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa siasatan itu melibatkan penyebaran kandungan di Facebook, Threads dan WhatsApp.Menurut MCMC, kandungan berunsur palsu itu turut dikesan menggunakan elemen grafik yang menyerupai sebuah agensi berita bagi mengelirukan orang ramai."MCMC telah memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan dakwaan peningkatan tarif baharu elektrik di platform digital."Maklumat palsu tersebut dipercayai disunting daripada kandungan rasmi Astro AWANI sebelum disebarkan semula dengan fakta yang tidak tepat," katanya.Menurutnya, berdasarkan aduan yang diterima, kandungan berkenaan didapati tidak benar dan berpotensi menimbulkan persepsi negatif selain mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat."MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu."Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada," katanya.MCMC berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)."Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya," katanya.Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan platform digital dan tidak menyebarkan kandungan tidak sahih."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam," katanya.

Go to News Site