Sinar Harian
SEREMBAN – Padah menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar sekolah di perhentian bas, seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap K. Jason Joshua, 32, selepas mendengar rayuan mitigasi tertuduh dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman."Mahkamah berpendapat, kesalahan yang dilakukan walaupun nampak kecil tetapi serius kerana dilakukan di perkarangan sekolah terhadap seorang pelajar yang tidak dikenali."Ini menjadikan suasana persekitaran sekolah yang sepatutnya selamat menjadi tidak selamat," katanya.Beliau turut menegaskan yang mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kes amang seksual melibatkan kanak-kanakPendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun enam bulan.Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 4.15 petang di perhentian bas sebuah sekolah di Port Dickson pada 25 Oktober 2023.Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Go to News Site