Sinar Harian
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak 26 Mac lalu dan sehingga kini masih belum pulang.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Nur Ain Ariffen berusia 39 tahun.Menurutnya, wanita tersebut dilaporkan hilang sejak minggu lalu dan usaha mengesannya sedang dijalankan oleh pihak polis."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat individu terbabit diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Major T Kangeswari di talian 010-3750353 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.Tambah beliau, kerjasama orang awam amat diperlukan bagi membantu mengesan individu berkenaan dengan segera.
Go to News Site