Collector
Penggunaan elektrik dijangka meningkat susulan cuaca panas - Suruhanjaya Tenaga | Collector
Penggunaan elektrik dijangka meningkat susulan cuaca panas - Suruhanjaya Tenaga
Sinar Harian

Penggunaan elektrik dijangka meningkat susulan cuaca panas - Suruhanjaya Tenaga

PUTRAJAYA – Penggunaan elektrik di negara ini dijangka meningkat dalam tempoh terdekat susulan cuaca lebih panas melanda negara ketika ini.Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, peningkatan penggunaan khususnya melibatkan penghawa dingin boleh menambah tekanan kepada bil elektrik pengguna."Negara sedang menuju ke arah iklim yang lebih panas, ini bermakna permintaan akan mula meningkat dan lazimnya perkara itu akan berlaku, kita menjangkakan pada bulan Mei," katanya.Beliau berkata demikian selepas membentangkan Semakan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga 2026, di sini pada Rabu.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena cuaca panas ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang.Dalam pada itu, Siti Safinah menggesa orang ramai mengamalkan kecekapan tenaga bagi mengurangkan kesan kenaikan kos."Semua pihak perlu melihat kepada langkah kecekapan tenaga dan juga penjimatan penggunaan," katanya.

Go to News Site