Collector
Import e-waste ke Malaysia diharamkan sepenuhnya mulai 1 April | Collector
Import e-waste ke Malaysia diharamkan sepenuhnya mulai 1 April
Sinar Harian

Import e-waste ke Malaysia diharamkan sepenuhnya mulai 1 April

PUTRAJAYA – Pengimportan sisa elektronik (e-waste) ke Malaysia kini diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa 1 April 2026.Larangan mutlak itu menyaksikan negara memperketat kawalan terhadap kemasukan buangan berbahaya yang boleh mengancam alam sekitar dan kesihatan awam.Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Amran Ahmad berkata, pewartaan tersebut dibuat di bawah Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 melalui pindaan terbaharu P.U.(A) 151/2026.Beliau berkata, pengharaman itu dilaksanakan selaras dengan Subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235]."Pengimportan e-waste telah diwartakan sebagai larangan import secara mutlak dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini dalam apa jua bentuk."Langkah ini diambil bagi memperketat kawalan terhadap kemasukan sisa berbahaya serta melindungi alam sekitar daripada sebarang pencemaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026."Penguatkuasaan larangan ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua pintu masuk negara dan JKDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan membawa masuk e-waste secara tidak sah."Tindakan tegas termasuk rampasan dan pendakwaan akan diambil terhadap pihak yang melanggar peraturan ini," katanya.Menurutnya, JKDM turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan."Kerjasama ini melibatkan Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia."Ia penting bagi memastikan sebarang cubaan membawa masuk buangan terjadual, khususnya e-waste, dapat dikesan dan ditangani dengan lebih berkesan," katanya.Tambah beliau, larangan tersebut juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel."Malaysia tidak akan menjadi destinasi lambakan sisa elektronik dari luar dan akan terus komited memastikan alam sekitar negara kekal terpelihara," katanya.

Go to News Site