Collector
Tular kemasukan warga asing diragui di sempadan, Shuhaily beri amaran tegas kepada anggota AKPS | Collector
Tular kemasukan warga asing diragui di sempadan, Shuhaily beri amaran tegas kepada anggota AKPS
Sinar Harian

Tular kemasukan warga asing diragui di sempadan, Shuhaily beri amaran tegas kepada anggota AKPS

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memberikan amaran tegas kepada pegawai dan anggota supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan khianat sehingga menjejaskan keselamatan sempadan negara.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tular dakwaan kemasukan warga asing secara tidak sah di kawasan sempadan menimbulkan kebimbangan orang awam, sekali gus mendorong tindakan tegas pihak berkuasa.Menurutnya, agensi tersebut tidak dapat mengesahkan dan tiada bukti jelas berhubung kemasukan warga asing seperti dari India dan Bangladesh memasuki negara melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam di sini."Perkara itu tidak dapat kita kenal pasti, namun saya memandang serius kebimbangan yang disuarakan orang awam."Saya juga telah memberi amaran kepada pegawai dan anggota supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan khianat sehingga menjejaskan keselamatan sempadan negara," katanya pada Rabu.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.Bekas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang telah berkhidmat selama satu tahun dua bulan akan bertukar ke ibu pejabat AKPS di Putrajaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).Jawatan tersebut kini disandang oleh Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusuf yang mula bertugas pada 1 April.Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan pegawai yang boleh membuka ruang kepada pencerobohan sempadan.Jelasnya, beliau sendiri akan turun ke lapangan jika dapat mengesan pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan berkenaan"Saya tidak akan teragak-agak untuk turun sendiri bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang terlibat sekiranya perkara ini benar-benar berlaku," tegas beliau.Dalam perkembangan sama, kata Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut memperketatkan kawalan sempadan bagi membendung aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi yang dijangka meningkat susulan konflik antarabangsa melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.Menurutnya, AKPS akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam melaksanakan penguatkuasaan."AKPS akan menyokong peranan agensi peneraju dan memastikan kawalan sempadan terus diperkasa bagi mengekang sebarang bentuk penyeludupan," katanya.

Go to News Site