Collector
Kumpulan pertama Sumud Flotilla 2.0 berangkat, identiti rahsia | Collector
Kumpulan pertama Sumud Flotilla 2.0 berangkat, identiti rahsia
Sinar Harian

Kumpulan pertama Sumud Flotilla 2.0 berangkat, identiti rahsia

SHAH ALAM – Kumpulan pertama Sumud Nusantara dilaporkan telah berangkat dari Malaysia bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0).Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan berkata, identiti ahli kumpulan berkenaan bagaimanapun masih dirahsiakan atas faktor menjaga maslahah yang lebih besar.Perkembangan itu dikongsikan Rahmat atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, yang juga sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF pada tahun lepas.Beliau turut menitipkan doa agar semua yang terlibat dalam misi berkenaan sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Ilahi."Selamat berjuang sahabatku. Semoga keberkatan ALLAH bersama kalian. Allahumma amin. Allahuakbar!" kongsinya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.Pada Isnin, Pegawai Strategik Sumud Nusantara, Haikal Luqman Zulkefli memaklumkan bahawa kira-kira 3,000 sukarelawan dari seluruh dunia menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan ke Palestin yang dijadualkan bermula pada 12 April depan.Menurut beliau, hampir 150 kapal akan belayar secara serentak dalam misi berkenaan yang bermula dari Itali sebelum singgah di beberapa negara.

Go to News Site