Collector
Ketidaktentuan landskap tenaga global: Rakyat Malaysia perlu kekal tenang, berdaya tahan dan sabar - FOMCA | Collector
Ketidaktentuan landskap tenaga global: Rakyat Malaysia perlu kekal tenang, berdaya tahan dan sabar - FOMCA
Sinar Harian

Ketidaktentuan landskap tenaga global: Rakyat Malaysia perlu kekal tenang, berdaya tahan dan sabar - FOMCA

SHAH ALAM- Rakyat Malaysia perlu kekal tenang, berdaya tahan dan bersabar ketika negara mengharungi tempoh ketidaktentuan landskap tenaga global yang semakin mencabar ketika ini.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, keadaan berkenaan dipengaruhi faktor luar kawalan negara seperti ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan pasaran tenaga, yang menyumbang kepada peningkatan kos di seluruh dunia."FOMCA menyokong seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat Malaysia bersedia menghadapi landskap tenaga global yang semakin mencabar."Kita mengakui bahawa perkembangan ini akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, khususnya melalui kenaikan harga bahan api, tarif elektrik serta harga barangan dan perkhidmatan."Dalam menghadapi tekanan ini, rakyat perlu kekal tenang dan masa sama kerajaan sedang memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujarnya, langkah seperti penetapan had harga bahan api melalui program seperti BUDI95 serta pelaksanaan subsidi bersasar dan bantuan lain amat penting bagi memastikan kenaikan harga global tidak sepenuhnya dibebankan kepada rakyat.Katanya, usaha tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam melindungi pengguna sambil mengimbangi keperluan ekonomi negara."Penguatkuasaan perlu diperkukuh dan dilaksanakan secara proaktif. FOMCA menekankan bahawa pihak berkuasa perlu terus memantau keadaan di lapangan, termasuk rantaian bekalan dan pergerakan harga, bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak munasabah."Pemeriksaan berterusan amat penting untuk melindungi pengguna daripada sebarang bentuk pencatutan."FOMCA juga menyeru pihak perniagaan supaya bertindak secara bertanggungjawab. Sebarang pelarasan harga hendaklah berasas, telus dan tidak dijadikan alasan untuk meningkatkan keuntungan secara tidak adil, selain amalan perniagaan yang beretika amat penting bagi mengekalkan kepercayaan pengguna," katanya.Beliau menambah, aspek ketahanan perlu menjadi usaha bersama yang mana pengguna, perniagaan dan kerajaan masing-masing mempunyai peranan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan landskap tenaga berkenaan.Menurutnya, pengguna boleh mengamalkan perbelanjaan berhemah dan penggunaan tenaga secara cekap, manakala kerajaan perlu terus melaksanakan dasar yang seimbang dan berteraskan rakyat."Malaysia pernah melalui cabaran besar sebelum ini. Ketika pandemik Covid-19, rakyat Malaysia telah menunjukkan semangat perpaduan dan ketahanan yang tinggi dengan berganding bahu menghadapi krisis tersebut."Kini, FOMCA menyeru semua rakyat Malaysia untuk sekali lagi berganding bahu, berdiri bersama dalam menghadapi cabaran global yang baharu ini. Kerjasama, disiplin dan tanggungjawab bersama, Malaysia mampu mengharungi tempoh ini dengan lebih kukuh."FOMCA akan terus komited dalam memperjuangkan hak pengguna dan bekerjasama dengan kerajaan serta pihak berkepentingan bagi memastikan kebajikan pengguna sentiasa terpelihara," katanya.tamat

Go to News Site