Collector
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama RM3.43 juta dadah | Collector
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama RM3.43 juta dadah
Sinar Harian

Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama RM3.43 juta dadah

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan mencecah RM3.43 juta dalam satu operasi bersepadu di daerah Timur Laut.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam serbuan bermula jam 4 petang 30 Mac hingga 9 pagi 31 Mac itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 33 hingga 48 tahun yang terlibat dalam aktiviti memproses dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).Menurutnya, tangkapan awal melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh di kawasan parkir kenderaan di Lebuh Macallum di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah kediaman yang dijadikan makmal memproses dadah."Hasil pemeriksaan di kediaman tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk serbuk MDMA dalam pelbagai bungkusan dengan jumlah keseluruhan melebihi 22 kilogram."Turut dirampas, ketamin seberat 133 gram, pil ekstasi sebanyak 294 biji seberat 120 gram, pil Erimin 5 sebanyak 40 biji seberat 10 gram serta ganja seberat 38 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, dadah jenis MDMA itu ditemui dalam pelbagai bentuk bungkusan termasuk 50 peket plastik kuning seberat 2,632 gram, 21 peket plastik seberat 840 gram, 50 peket plastik coklat seberat 2,649 gram, 11 peket plastik pelbagai warna seberat 427.7 gram serta 15 bekas plastik berpenutup yang mengandungi serbuk seberat 16,158 gram."Selain itu, enam peket plastik lut sinar mengandungi serbuk dan ketulan disyaki ketamin turut dirampas manakala empat peket plastik mengandungi 294 biji pil ekstasi dan empat papan aluminium foil mengandungi 40 biji pil Erimin 5 turut ditemui," ujarnya.Azizee berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah di premis berkenaan yang dipercayai dijadikan makmal haram untuk memproses barang larangan tersebut.Susulan operasi itu, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang dipercayai rakan sejenayah di lokasi berasingan."Kedua-dua suspek ini merupakan pasangan kekasih yang mana, suspek lelaki dipercayai ketua sindiket manakala teman wanitanya bekerja sebagai tukang urut."Hasil risikan mendapati sindiket tersebut aktif mengedar dadah sejak Oktober tahun lalu dan jumlah rampasan yang diperoleh dianggarkan boleh digunakan sehingga 50,000 kali penggunaan," katanya lagi.Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine."Semakan turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah."Selain dadah, kita turut menyita pelbagai aset bernilai RM34,940 termasuk sebuah kereta Nissan bernilai RM17,800, sebuah motosikal Honda bernilai RM4,000, sebuah kereta Proton bernilai RM3,000, empat barang kemas iaitu cincin dan subang bernilai RM6,820 serta wang tunai berjumlah RM3,320," katanya.Beliau menambah, nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM3.43 juta dan sitaan harta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.46 juta."Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 31 Mac hingga 6 April bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika disabitkan kesalahan," katanya.

Go to News Site