Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara."Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara," kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu."Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa-jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin," kata Anwar.Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal."Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana," katanya. - Bernama
Go to News Site