Sinar Harian
GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas hampir sembilan jam bertarung nyawa akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 71 tahun yang merupakan pejalan kaki dilaporkan dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 19 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar sebelum terlibat dalam kemalangan berhampiran Bulatan Bayan Lepas."Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Khamis ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, pemandu kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya.Terdahalu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki warga emas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di lintasan zebra dipercayai di kawasan Bayan Lepas.Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Go to News Site