Collector
Isu rumah ibadat, pemandu mabuk perlu ditangani ikut undang-undang | Collector
Isu rumah ibadat, pemandu mabuk perlu ditangani ikut undang-undang
Sinar Harian

Isu rumah ibadat, pemandu mabuk perlu ditangani ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Konflik melibatkan isu rumah ibadat dan ketegangan antara kaum perlu ditangani mengikut saluran undang-undang bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk serta mencetuskan ketidakstabilan sosial.Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan berkata, pendekatan berasaskan emosi atau tindakan sendiri hanya akan merumitkan keadaan dan berpotensi menjerumuskan pihak terlibat ke dalam kesalahan undang-undang."Kalau melibatkan kuil yang didirikan tanpa kebenaran di atas tanah tertentu, perkara itu adalah isu undang-undang dan perlu diselesaikan melalui mahkamah."Kita tidak boleh bertindak sendiri atau terlalu mengikut emosi kerana akhirnya kita sendiri yang akan berdepan kesan undang-undang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam dan pelancaran buku sempena ulang tahun ke-70 Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini pada Rabu.Menurutnya, sebarang isu melibatkan rumah ibadat perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia sensitif dan berpotensi mencetuskan konflik antara kaum jika tidak dikawal."Biar mahkamah buat keputusan, itu cara terbaik untuk elakkan konflik berpanjangan dan memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara," ujarnya.Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan keperluan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kes pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan."Undang-undang memang sudah ada dan hukuman juga telah diperketatkan berbanding sebelum ini."Yang penting sekarang adalah penguatkuasaan. Jika tindakan tegas diambil termasuk operasi berkala terutama pada waktu malam, ia mampu memberi kesan pencegahan," katanya.Tambahnya, tindakan seperti penggantungan atau pembatalan lesen memandu serta hukuman penjara boleh dikenakan terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.Mengulas aspek perundangan, Musa menjelaskan bahawa dalam kes melibatkan kematian akibat kecuaian, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen bahawa pelaku mempunyai pengetahuan bahawa tindakannya berbahaya dan boleh menyebabkan kematian."Mahkamah akan menilai berdasarkan bukti yang dikemukakan dan hukuman pula bergantung kepada budi bicara mahkamah, khususnya selepas pemansuhan hukuman mati mandatori," katanya.Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan sentimen kaum dan agama dalam menangani isu sensitif.Katanya, pematuhan kepada undang-undang serta kawalan emosi merupakan kunci utama dalam memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara."Kalau kita bertindak ikut emosi, akhirnya kita sendiri yang akan menanggung akibat," katanya.

Go to News Site