Collector
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin muncul di Mahkamah Syariah | Collector
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin muncul di Mahkamah Syariah
Sinar Harian

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin muncul di Mahkamah Syariah

SUBANG BESTARI – Kehadiran penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis mencuri perhatian apabila ia dikaitkan dengan urusan rumah tangga pasangan itu.Zizi yang memakai jubah hitam, hadir ditemani pelakon, Ummi Aida pada jam 8.40 pagi.Bagaimanapun pengacara itu enggan mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah tersebut.Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dilakukan di mahkamah."Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak," katanya ringkas kepada media.Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, turut mengesahkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mahkamah Rendah Syariah.Pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai tujuan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah berkenaan.

Go to News Site