Collector
Tujuh tan karkas babi diseludup guna jalan laut dirampas | Collector
Tujuh tan karkas babi diseludup guna jalan laut dirampas
Sinar Harian

Tujuh tan karkas babi diseludup guna jalan laut dirampas

MERBOK - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang merampas tujuh tan karkas daging babi di sebuah jeti haram di Sungai Merbok membabitkan rampasan bernilai kira-kira RM795,100.Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, dalam operasi awal pagi Rabu itu, tujuh lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, dua buah lori sejuk beku, sebuah bot fibre tanpa nombor pendaftaran, tiga unit enjin dan tiga gugus kunci turut dirampas."Pasukan Polis Marin Wilayah Satu melalui Unit Risikan Marin (URM) Pulau Pinang bersama Botronda PSC45 telah menjalankan Op Taring Landai dan Op Taring Gelora di sekitar kawasan perairan Tanjung Dawai membabitkan dua pegawai kanan dan 10 pegawai rendah."Pada 1 April 2026 jam lebih kurang 2 pagi, pasukan telah menyerbu sebuah jeti haram di Sungai Merbok, Kedah dan menahan tujuh lelaki warganegara tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan memindah dan mengangkut karkas daging babi tanpa permit," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati karkas daging babi berkenaan dibawa dari negara jiran Thailand melalui jalan laut."Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi aktiviti tersebut," katanya.Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah untuk tindakan lanjut.Katanya, Pasukan Polis Marin akan terus mempergiatkan operasi terutama di kawasan hotspot bagi membanteras kegiatan penyeludupan melalui jalan laut yang boleh memberi risiko kepada kesihatan awam dan keselamatan negara.Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Go to News Site