Collector
‘Dapur’ air ketum diserbu, rampasan lebih RM70,000 | Collector
‘Dapur’ air ketum diserbu, rampasan lebih RM70,000
Sinar Harian

‘Dapur’ air ketum diserbu, rampasan lebih RM70,000

JOHOR BAHRU - Sindiket memproses dan menjual cecair dianggarkan berjumlah RM76,796 disyaki air ketum terbongkar selepas dua serbuan dilakukan di kawasan Kempas pada 27 Februari lalu.Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, serbuan pertama pada kira-kira jam 9 malam itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kempas Denai.Jelasnya, tiga suspek berjaya ditahan dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bersama Cawangan Risikan Zon Selatan oleh sepasukan anggota Cawangan Narkotik Johor."Pemeriksaan menemukan timbunan bungkusan plastik mengandungi daun disyaki ketum serta dua tong berisi botol mengandungi cecair disyaki air ketum yang disembunyikan dalam sebuah bilik."Rampasan di lokasi itu membabitkan daun ketum seberat 103 kilogram (kg) bernilai RM4,120 dan air ketum sebanyak 189.50 liter bernilai RM5,685."Suspek ditahan terdiri lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 35 tahun. Suspek lelaki bertindak sebagai pengurus manakala dua wanita berkenaan sebagai pekerja dan penjual," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini pada Khamis.Menurut beliau, serbuan kedua dilakukan kira-kira jam 9.30 malam di sebuah premis kilang di Taman Kempas Utama yang didapati berkunci dan tidak berpenghuni."Pemeriksaan lanjut menemukan tong ais berisi cecair disyaki air ketum, 150 periuk, 50 dapur, 200 tong gas serta daun ketum yang belum diproses."Rampasan di lokasi kedua melibatkan daun ketum seberat 442.9kg dianggarkan bernilai RM17,716 serta air ketum sebanyak 1,642.5 liter bernilai RM49,275," katanya.Beliau berkata, keseluruhan nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dianggarkan berjumlah RM76,796."Sindiket dipercayai menjadikan rumah kediaman yang disewa sebagai lokasi penjualan manakala premis kilang digunakan sebagai tempat memproses cecair ketum sebelum diedarkan."Air ketum dijual kepada pelanggan tetap terdiri daripada warga tempatan. Setiap botol dijual dengan harga RM16. Kita percaya daun ketum diperoleh dari Kedah," katanya.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Go to News Site