Collector
[VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah cerai talak satu | Collector
[VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah cerai talak satu
Sinar Harian

[VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah cerai talak satu

SUBANG BESTARI - Spekulasi pergolakan rumah tangga penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Khamis.Peguam Syarie, Noor Haiza Mariena Mat Ramli yang mewakili Zizi berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Katanya, mahkamah kemudiannya mengesahkan perceraian secara rajie membabitkan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dan Yusuf, 34, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah."Prosiding bagi kedua-dua pasangan ini berjalan secara baik," katanya.Sementara itu, Zizi enggan mengulas secara terperinci mengenai keputusan tersebut."Alhamdulillah, semuanya dah selesai, terima kasih semua," katanya ringkas.Sementara itu, Yusuf hanya menggelengkan kepala selepas disoal punca Zizi mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadapnya.Beliau hanya mengesahkan bahawa perpisahan berlaku secara baik tanpa sebarang perselisihan."Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tiada dendam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain," katanya.Yusuf turut menjelaskan bahawa selepas ini mereka akan memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing."Kami akan terus sokong antara satu sama lain dan memfokuskan kepada kerjaya masing-masing," katanya.Pagi Khamis, Zizi yang memakai jubah hitam, hadir dengan ditemani pelakon, Ummi Aida pada jam 8.40 pagi.Pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Go to News Site