Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kejadian amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan bersama dua kanak-kanak.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa dan melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 10 tahun."Pada hari sama kira-kira jam 4.46 petang, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang memaklumkan anak perempuan serta anak saudaranya telah dipanggil oleh seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord."Suspek bertanyakan mengenai tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Unit D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di kawasan Masai kira-kira jam 11 malam hari sama."Polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan. Suspek kini ditahan dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini," katanya.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak.
Go to News Site