Sinar Harian
KOTA BHARU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menggesa kepimpinan tertinggi parti melalui Lembaga Disiplin mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, pihaknya memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan serangan terbuka terhadap parti dan kerajaan oleh bekas Timbalan Presiden parti itu."Tindakan tersebut didakwa telah menimbulkan polemik serta naratif yang salah sehingga memberi kesan negatif kepada kerajaan dan kestabilan parti."Sebagai sebuah parti demokratik yang berteraskan perjuangan reformasi, PKR sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, keterbukaan dan kebebasan bersuara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Namun ujar beliau, segala perbezaan pandangan perlu disalurkan melalui saluran dan struktur dalaman parti bagi memastikan keharmonian serta kestabilan organisasi terus terpelihara.Menurutnya, tindakan menyerang parti dan kerajaan secara terbuka serta berterusan tanpa usaha menyelesaikannya secara dalaman hanya akan membuka ruang kepada persepsi negatif.Mohamad Suparadi memberitahu, keadaan itu boleh dimanipulasi pihak tertentu sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti."Sebagai bekas Timbalan Presiden parti, beliau seharusnya memahami peraturan, perlembagaan serta tatakelola parti."Jangan kerana rasa tidak puas hati terhadap individu tertentu, maka ia diterjemahkan melalui serangan terbuka terhadap Presiden dan kepimpinan parti," katanya.Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa PKR Kelantan bersama seluruh anggotanya kekal komited menyokong Presiden parti yang juga Perdana Menteri serta kepimpinan tertinggi.Menurutnya, komitmen tersebut penting bagi memastikan usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi negara serta menjamin kestabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan terus diperkasakan.
Go to News Site