Collector
Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong | Collector
Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong
Sinar Harian

Enam sekeluarga dilaporkan hilang ditemui di Bentong

BENTONG - Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa, M Rekha, 41, bersama lima anaknya, Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17 dan S Shasini Nair 16, S Pritivi Nair, 14 dan S Lashwin Nair, 4 ditemui berada di Bentong.Menurutnya, semua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam hari berkenaan."Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham," katanya.Zaiham berkata, pihak polis berterima kasih kepada semua pihak khususnya penduduk Bentong atas kerjasama yang diberikan hingga mangsa berjaya dikesan dan ditemui selamat.Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan enam sekeluarga itu selepas dilaporkan hilang dipercayai keluar dari rumah mereka sejak Isnin lalu.Laporan kehilangan itu dibuat lelaki berusia 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada individu terbabit jam 7.34 malam.

Go to News Site