Collector
'Saya tak tahu punca Zizi Kirana failkan perceraian' - Yusuf Bahrin | Collector
'Saya tak tahu punca Zizi Kirana failkan perceraian' - Yusuf Bahrin
Sinar Harian

'Saya tak tahu punca Zizi Kirana failkan perceraian' - Yusuf Bahrin

SUBANG BESTARI - Pelakon, Yusuf Bahrin tidak mengetahui punca penyanyi, Zizi Kirana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Khamis.Yusuf, 34, yang memakai kot kelabu dalam keadaan tenang, hanya menggelengkan kepala selepas disoal punca perpisahan mereka."Tak tahu (punca), tapi perpisahan berlaku secara baik tanpa sebarang perselisihan."Tak ada permusuhan dan tiada dendam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain," katanya.Sebelum ini Yusuf atau nama sebenar, Muhammad Yusuf berkata, mereka cuba melakukan perkara terbaik dan sedaya upaya untuk selamatkan rumah tangga, tetapi gagal.Katanya, tiada satu pun pasangan suami isteri yang meminta rumah tangga berakhir dengan perceraian."Inilah pengakhiran kisah hidup kami, saya tidak pernah jangka dan tidak pernah tahu akan terjadi dalam hidup," katanya.Selepas ini Yusuf menjelaskan bahawa, mereka akan memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.Bagaimanapun katanya, mereka akan memberi sokongan antara satu sama lain dan memfokuskan kepada kerjaya masing-masing.Pada pagi Khamis, spekulasi pergolakan rumah tangga Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, bersama Yusuf terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Khamis.Peguam Syarie, Noor Haiza Mariena Mat Ramli yang mewakili Zizi berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Katanya, mahkamah kemudiannya mengesahkan perceraian secara rajie, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah.Pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Go to News Site