Collector
MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan | Collector
MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan
Sinar Harian

MATF sita aset RM15.8 bilion, 3,523 individu ditahan

PUTRAJAYA - Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) menyita aset bernilai RM15.8 bilion dan menahan 3,523 individu bagi tempoh 2023 hingga 2025.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu mencerminkan keupayaan negara dalam membanteras rasuah secara bersepadu.Menurutnya, berdasarkan tangkapan dilaksanakan, ia merangkumi kes-kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga."Lebih penting, kejayaan membongkar sindiket terancang dilaksanakan melalui operasi seperti Ops White, Ops Kingfruit, Ops X, Ops Sikaro, Ops Metal, Ops Karen dan Ops Grip."Ini membuktikan bahawa pendekatan MATF mampu menembusi rangkaian jenayah yang kompleks, tersusun dan merentasi pelbagai sektor," katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus MATF di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta pegawai kanan agensi penguat kuasa lain.Tambah Azam, daripada aspek pemulihan aset, SPRM sendiri merekodkan sitaan mencecah RM6.87 bilion selain pembekuan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian yang keseluruhannya melibatkan nilai yang besar dan memberi impak langsung kepada hasil negara.Katanya, pencapaian itu merupakan satu mesej bahawa setiap hasil yang diseleweng akan dijejaki dan dikembalikan kepada negara."Sebagai peneraju MATF, SPRM juga mengetuai pelaksanaan operasi berimpak tinggi seperti Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops Eagle dan Ops Liter. Ini menunjukkan bahawa pendekatan whole-of-government bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam menghadapi landskap jenayah masa kini," ujarnya.Ujar Azam, pencapaian itu bukan sekadar angka, sebaliknya menggambarkan keberkesanan pendekatan menyeluruh dalam mengekang jenayah berprofil tinggi."Di dalam isu penyeludupan 'e-waste' dan sisa plastik haram, berdasarkan operasi Ops Metal, kita mendapati Malaysia dijadikan destinasi pembuangan sisa haram dari luar negara."Aktiviti ini membabitkan pemalsuan dokumen, salah pengisytiharan kargo, serta penyalahgunaan lesen import dan lebih membimbangkan, terdapat elemen rasuah di peringkat penguatkuasaan yang membolehkan kontena ini melepasi pintu masuk negara tanpa pemeriksaan sewajarnya," katanya.Mengulas lanjut, Azam berkata, isu itu bukan sekadar isu alam sekitar semata, ia adalah jenayah ekonomi dan kedaulatan negara kerana bukan sahaja menanggung risiko pencemaran, tetapi kehilangan hasil dan reputasi di peringkat antarabangsa."Begitu juga dengan kes seperti penyeludupan diesel melalui Op Karen dan penyeludupan tayar Op Grip. Aktiviti ini menyebabkan ketirisan hasil cukai mencecah ratusan juta ringgit."Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana sindiket ini mampu beroperasi dalam tempoh yang lama dan ini menunjukkan wujudnya kelemahan sistem, manipulasi proses dan kemungkinan pembabitan 'enabler'," ujarnya.

Go to News Site