Sinar Harian
KOTA KINABALU - Pakar perunding psikiatri forensik percaya Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir kehilangan mekanisme mencegahnya daripada jatuh selepas konfrontasi yang berlaku di dorm A3-6.Dr Chua Sze Hung, 43, dari Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari selepas selesai membaca keterangan bertulis yang disediakan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.Dalam soalan yang dikemukakan Mohd Fairuz bertanya, adakah tiada mekanisme daya tindak yang boleh mencegah Zara Qairina daripada mengakhiri nyawanya pada malam kejadian? "Mekanisme daya tindaknya kebanyakannya bergantung kepada sokongan rakan sebaya, menulis diari, serta sebahagiannya NSSI (mencederakan diri)"Pada malam kejadian, selepas konfrontasi di A-36, saya percaya beliau telah kehilangan mekanisme daya tindak biasanya," kata Sze Hung di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Bagaimanapun, pakar itu menyatakan bahawa beliau tidak percaya satu faktor saja menyebabkan kejadian."Namun, konfrontasi di A-36 adalah pencetus dan faktor pencetus," jelasnya.Ditanya mengenai isu proses soal siasat serta perasaan terasing atau dipinggirkan, beliau menjelaskan bahawa berdasarkan rekonstruksi kejadian di A36, selepas konfrontasi berlaku, saksi menyatakan si mati berada dalam keadaan sangat tertekan, menangis dan menjerit penafian."Ia adalah tingkah laku yang luar biasa bagi dirinya. Dari segi pengasingan, ia perlu difahami dalam konteks si mati yang sangat menghargai hubungan dengan rakan sebaya."Pada malam tersebut, rakan-rakannya tidak datang memberikan sokongan yang memberi kesan psikologi yang besar," katanya.Sebelum mengakhiri sesi pasukan pengendali, beliau meminta Sze Hung membaca laporan keterangan saksi ke-65 yang baru memberi keterangannya pada Selasa.Bagaimanapun, dalam keterangannya beliau kekal dengan kesimpulannya dengan mengambil faktor saksi menyatakan si mati menangis teresak-esak dan berkata 'saya mahu terjun'."Dalam pandangan saya, seorang remaja 13 tahun tanpa gangguan intelek akan memahami bahawa 'terjun' membawa risiko kematian."Saksi juga telah memberi peringatan secara tidak langsung bahawa tindakan tersebut akan membawa kepada kematian," katanya.Sebelum itu, Mohd Fairuz turut bersama Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah dan Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Go to News Site