Collector
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul | Collector
Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul
Sinar Harian

Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera parah dipukul

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca insiden kekerasan di kem tentera Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) Bentong, Pahang pada Isnin lalu.Sel Perhubungan Raya Tentera Darat memaklumkan siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) telah menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk di bahagian muka serta perut anggota terlibat kerana tidak berpuas hati dengan kerja pembersihan stor senjata yang diarahkan."Akibat kejadian itu, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD."Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan kini menerima rawatan rapi menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.Dalam kejadian sama, seramai enam anggota tentera lain disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Bentong oleh polis selepas keterangan mereka diambil."Anggota PTTR yang disyaki terlibat telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, TDM memandang serius insiden tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat."TDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang serta peraturan sedia ada," katanya.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan selain menghormati privasi mangsa dan keluarganya."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota tentera dilaporkan koma selepas dipercayai dipukul dalam kejadian itu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.Siasatan awal mendapati suspek, seorang anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun, terbabit dalam kejadian itu.Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 2.30 petang, Selasa bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini.

Go to News Site