Collector
Warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan | Collector
Warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan
Sinar Harian

Warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan

IPOH – Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan berhampiran jejantas dalam kejadian di Jalan Kampar berhampiran sebuah pasar raya, di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menuju ke bandar Ipoh."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang berada di atas pembahagi tengah jalan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri."Penunggang motosikal cuba membrek dan mengelak ke kiri, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan pelanggaran tidak dapat dielakkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Muhammad Najib berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.Katanya, penunggang motosikal yang turut cedera telah dihantar ke bahagian kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan.Tambah beliau, motosikal terlibat juga dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan selain pihaknya sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 05-2451537 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya."Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Go to News Site