Collector
Lapan kawasan di tiga negeri catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia | Collector
Lapan kawasan di tiga negeri catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia
Sinar Harian

Lapan kawasan di tiga negeri catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia

SHAH ALAM - Lapan kawasan melibatkan Kedah, Kelantan dan Pahang dikesan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga bagi cuaca panas setakat kemas kini jam 4 petang pada Khamis.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan terlibat di Kedah ialah Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Pahang pula membabitkan lokasi Maran.Ujarnya, kawasan seperti Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang, Kelantan turut dikesan berada pada tahap satu untuk cuaca panas."Tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya menerusi hantaran di Facebook.MetMalaysia memaklumkan, maklumat terkini berhubung status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ atau ikuti perkembangan di media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Go to News Site