Collector
Remaja perempuan ditemui meninggal dunia di kediaman | Collector
Remaja perempuan ditemui meninggal dunia di kediaman
Sinar Harian

Remaja perempuan ditemui meninggal dunia di kediaman

SUNGAI BULOH – Seorang remaja perempuan ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah kediaman di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 6.27 petang."Pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa berumur 13 tahun dua bulan itu telah meninggal dunia di tempat kejadian."Mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan hasil siasatan awal, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Menurutnya, tiga saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan."Seksyen ini memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak yang mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada kecederaan fizikal atau emosi."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan prosiding siasatan.Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-6695290.

Go to News Site