Sinar Harian
SEGAMAT - Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan tiga ahli keluarga di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pada Khamis disahkan positif dadah jenis methamphetamine.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berusia 20-an telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Segamat pada pagi Jumaat," katanya dalam kenyataan.Dalam nahas kira-kira jam 4 petang, suami isteri serta seorang ahli keluarga maut selepas van dinaiki terbabit kemalangan dengan treler dan lori kargo.Dua mangsa maut di lokasi adalah pemandu van berusia lingkungan 70-an serta dua penumpang berusia 20-an hingga 60-an.Ketiga-tiga mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan.Dua lagi penumpang van yang parah dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.
Go to News Site