Sinar Harian
SUNGAI BULOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan rangkaian sindiket penyeludupan dan c makanan sejuk beku selepas 34 tan karkas daging babi dan 97 kotak daging ayam tanpa sijil halal bernilai kira-kira RM1.5 juta dirampas menerusi serbuan pada Rabu.Op Taring Chiller itu diketuai Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bertindak menyerbu tiga premis di sini hasil maklumat dan risikan.Serbuan bersepadu terbabit dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Veterinar Selangor, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Agensi Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, serbuan pada jam 10.50 pagi bertindak menahan seramai 32 individu termasuk tiga pemilik dan pengurus syarikat berusia 22 hingga 59 tahun.Menurutnya, semakan mendapati 29 daripada tangkapan merupakan warga asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar."Antara kesalahan warga asing yang dikesan ialah salah guna pas, tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri."Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zaki berkata, pihaknya turut menyita tiga alat penimbang dan tiga lori satu tan bernilai RM1.9 juta.Katanya, pihak polis telah mengambil tindakan Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2012 oleh Jakim, manakala KKM menyiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009."Selain itu, LHDN juga melaksanakan tindakan di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967 selain Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh pihak KPDN," ujarnya.Beliau berkata, kompaun dikeluarkan oleh Jakim dan KKM terhadap pengurus premis dan sampel ayam turut dirampas bagi tujuan pemeriksaan lanjut."Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran serta penjualan makanan sejuk beku yang didapati bergerak aktif di sekitar Lembah Klang," ujarnya.
Go to News Site