Collector
Dari asas ke aspirasi: Desa kini menjadi pilihan pulang raya | Collector
Dari asas ke aspirasi: Desa kini menjadi pilihan pulang raya
Sinar Harian

Dari asas ke aspirasi: Desa kini menjadi pilihan pulang raya

PUTRAJAYA - Pembangunan prasarana luar  bandar seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik dilihat memberikan impak besar dalam  peningkatan kualiti hidup masyarakat desa, khususnya generasi muda.Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah  (KKDW), Tuan Ahmad Tuan Wil berkata,  pelbagai projek pembangunan luar bandar  dilaksanakan kerajaan bagi mempercepat  hubungan serta kemudahan asas di kawasan  desa. Menurutnya, antara program utama  termasuklah Program Jalan Luar Bandar (JALB)  yang telah dilaksanakan sejak tahun 1977 menerusi Accelerated Rural Growth Programme  (ARRP) bagi meningkatkan jaringan  perhubungan antara komuniti di kawasan  pedalaman."Kerajaan Persekutuan telah melabur  berbilion ringgit bagi melaksanakan projek  pembangunan khususnya jalan luar bandar  untuk mempercepat hubungan antara masyarakat setempat. "Bawah kementerian, kami membina jalan  baharu manakala penyelenggaraan akan diserahkan kepada kerajaan negeri selepas  projek siap dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam podcast Cerita Desa Kita, Episod  3: Raya di Desa, Lebih Bermakna yang  dikendalikan hos yang merupakan Ketua  Komunikasi Korporat KKDW, Nor Najihah Sukor dan turut menampilkan pempengaruh media  sosial, Anis Arina Aqilah Roslee, 27 atau Nisa  Rina iaitu Anak Perantau yang mempunyai  pengikut seramai 269,000 di platform TikTok.Tambah beliau, projek jalan luar bandar  dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan  desa bagi meningkatkan tahap  kesalinghubungan serta memudahkan  pergerakan penduduk. Pelaksanaan projek tersebut dibuat  berdasarkan keperluan sebenar masyarakat serta permohonan yang dikemukakan oleh Unit  Perancang Ekonomi Negeri."Kerajaan komited memperkukuh pembangunan prasarana luar bandar bagi memastikan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik terus dipertingkatkan."Usaha berkenaan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) sebagai kesinambungan kepada inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini."Dalam RMK13, kebanyakan program yang dilaksanakan dalam RMK12 akan diteruskan kerana keperluan prasarana luar bandar masih tinggi," katanya. Ujarnya, pembangunan jalan luar bandar memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada jaringan jalan utama di negeri-negeri seluruh negara.Beliau berkata, jalan luar bandar bertindak sebagai penghubung tambahan kepada jalan negeri atau jalan persekutuan sekali gus memudahkan akses masyarakat sehingga ke kawasan pedalaman."Projek berskala kecil seperti Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan kemudahan sosial bawah Projek Ameniti Sosial (PAMS) juga  boleh dipohon oleh masyarakat setempat melalui saluran tertentu."Permohonan boleh dikemukakan melalui  Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan  Kampung (JPKK) atau wakil rakyat sebelum  dipertimbangkan oleh kementerian bergantung  pada peruntukan yang tersedia," katanya. Selain itu, keperluan berkaitan dengan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di luar bandar turut dilaksanakan menerusi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bagi  memastikan kesejahteraan masyarakat desa terus diperkukuh."Biasanya projek kecil melibatkan kos sekitar puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit  boleh dipohon oleh komuniti kampung melalui saluran tersebut," katanya.Transformasi prasarana desaSementara itu, Nisa Rina, seorang  pempengaruh yang gemar berkongsi  pengalaman sebagai anak perantau di media  sosialnya, turut menceritakan perubahan kemudahan asas di kampung halamannya di Sabah sepanjang beberapa tahun kebelakangan  ini.Dia menekankan kepentingan bekalan  elektrik, air dan jalan raya yang memberikan  kesan langsung kepada keselamatan, kesihatan  mental dan komunikasi penduduk desa."Pengalaman saya pernah tular ketika belajar di dalam ruang but kereta bermula dengan isu bekalan elektrik di daerah saya."Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2022, ketiadaan elektrik memberikan impak besar. Apabila tidak ada  infrastruktur ini, saya terkesan dan penat,"  katanya. Menurutnya, sebelum ini penduduk di  ampungnya berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air sehingga terpaksa  bergantung pada tadahan air hujan dan sumber sungai."Sekarang perubahan itu sangat ketara  kerana kami tidak lagi perlu mencatu air dan bekalan elektrik juga semakin stabil berbanding  dengan dahulu yang sering terputus berjam jam."Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bukan sahaja memudahkan kehidupan harian penduduk  desa tetapi turut memberikan kesan positif kepada pendidikan, keselamatan serta perkembangan ekonomi masyarakat  setempat," katanya.Menurutnya, penyediaan prasarana yang baik memberikan harapan kepada generasi  muda untuk kembali berbakti di kampung halaman."Pembangunan ini membuka peluang baharu kepada anak muda desa untuk kembali  membina kehidupan di kampung tanpa perlu merantau ke bandar."Saya percaya bahawa kemudahan asas yang lengkap dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan memberikan  keyakinan kepada generasi muda untuk kembali  ke desa."Infrastruktur yang lebih baik, akses lebih mudah dan kemudahan stabil, masyarakat desa kini mempunyai peluang lebih besar untuk berkembang dan berjaya," katanya.Tambahnya, pembangunan prasarana desa bukan sekadar aspek fizikal, malah memberikan impak positif kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, terutamanya golongan muda yang ingin kembali menyumbang kepada  kampung halaman.INFO PODCAST CERITA DESA KITA - EPISOD 3 (RAYA DI DESA, LEBIH BERMAKNA)1. Episod ini mengetengahkan pengalaman pulang ke kampung semasa Aidilfitri dan kepentingan pembangunan luar bandar.2. Jalan perhubungan desa yang baik menjadikan perjalanan penduduk lebih selesa dan selamat ketika pulang ke  kampung pada musim raya.3. Bekalan air dan elektrik luar bandar membantu memastikan keselesaan penduduk, terutama ketika musim  perayaan.4. Lampu jalan kampung menjadikan  persekitaran lebih terang, selamat dan menggalakkan aktiviti komuniti pada waktu malam.5. Kemudahan ameniti sosial seperti surau, dewan orang ramai dan ruang komuniti  menghidupkan aktiviti kemasyarakatan.6. Inisiatif pembangunan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa dan merapatkan jurang bandar–luar bandar.

Go to News Site