Collector
Polis kesan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual di MRT | Collector
Polis kesan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual di MRT
Sinar Harian

Polis kesan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual di MRT

KAJANG - Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang di sini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 23 saat di aplikasi Threads pada Khamis yang memaparkan kejadian terbabit."Siasatan tempat kejadian dijalankan dan menerusi rakaman yang ditularkan mendapati seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut."Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau menimbulkan kegusaran."Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Go to News Site