Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 berhubung cadangan membina jalan berkembar Bukit Kukus, tahun lalu.Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin."Faham, tidak (bersalah)," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai kot berwarna hitam.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan wang RM100,000 daripada seorang pengarah syarikat melalui seorang pengurus projek di syarikat sama.Ia sebagai upah untuk mempertimbangkan rayuan pengecualian penyediaan Laporan EIA bagi Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Cadangan Membina Jalan Berkembar Bukit Kukus dan Kerja Tanah Untuk Mitigasi Di Atas Tanah Kerajaan, Jalan Bukit Kukus, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Paya Terubong, Pulau Pinang, yang dipohon oleh sebuah lagi syarikat lain, melalui surat bertarikh 22 November 2024.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wisma Sumber Asli, Persiaran Perdana Presint 4, Putrajaya pada 15 Januari 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL
Go to News Site