Collector
'Rundingan aman cara terbaik selesaikan konflik, hentikan perang' - Tun M | Collector
'Rundingan aman cara terbaik selesaikan konflik, hentikan perang' - Tun M
Sinar Harian

'Rundingan aman cara terbaik selesaikan konflik, hentikan perang' - Tun M

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil bersuara meminta dunia menghentikan peperangan.Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau menegaskan perang bukan penyelesaian kepada sebarang masalah, sebaliknya hanya membawa kepada pembunuhan besar-besaran serta kemusnahan."Saya sentiasa menentang perang. Saya tidak dapat menerima pembunuhan manusia sebagai penyelesaian kepada sebarang masalah, namun, perang adalah tentang membunuh manusia, pembunuhan secara besar-besaran," jelasnya.Ujar Dr Mahathir, peperangan merupakan suatu perkara yang tidak dapat diterima kerana terdapat cara lain yang kurang membawa maut dan kosnya jauh lebih rendah untuk menyelesaikan masalah."Manusia dikurniakan keupayaan untuk berfikir. Cara-cara ini melibatkan rundingan, timbang tara atau mahkamah undang-undang. Dengan keupayaan berfikir, manusia boleh menilai kebaikan dan keburukan sesuatu penyelesaian."Jelas sekali, rundingan secara aman adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik. Hentikan perang," katanya.Kenyataan itu dilihat hadir ketika ketegangan di Asia Barat semakin meningkat susulan tindakan ketenteraan melibatkan beberapa kuasa besar yang mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan serantau serta keselamatan global.Ketegangan geopolitik di Asia Barat terus memuncak apabila tindakan ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran mencetuskan siri serangan balas yang semakin meluas di rantau itu.Konflik yang bermula pada 28 Februari lalu menyaksikan serangan udara terkoordinasi oleh AS dan Israel ke atas beberapa sasaran strategik di Iran, termasuk kemudahan nuklear serta infrastruktur ketenteraan utama.Sejak itu, Israel meningkatkan operasi ketenteraan dengan melancarkan ratusan serangan udara ke atas sasaran berkaitan Iran, termasuk kemudahan peluru berpandu, pangkalan tentera dan sistem pertahanan udara.Dalam perkembangan terbaharu, serangan tersebut turut melibatkan kawasan di Tehran serta sasaran di luar Iran, termasuk Beirut, sekali gus memperluas skala konflik serantau.Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu ke arah Israel serta negara Teluk, selain memberi amaran keras terhadap sebarang operasi darat oleh AS dan sekutunya.Menurut laporan, konflik kini memasuki fasa lebih berbahaya apabila kedua-dua pihak mula menyasarkan infrastruktur tenaga dan ekonomi, termasuk loji gas, penapisan minyak serta kemudahan industri strategik.Perkembangan itu turut menyebabkan gangguan besar terhadap perdagangan global apabila laluan penting seperti Selat Hormuz terjejas, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga dunia.Di peringkat serantau, konflik semakin melebar apabila sekutu Iran seperti kumpulan Houthi di Yemen dan Hezbullah di Selatan Lubnan turut terlibat melancarkan serangan ke arah Israel, manakala beberapa negara Teluk menjadi sasaran serangan balas.Iran pula menegaskan kesediaannya untuk berdepan perang jangka panjang, sambil memberi amaran akan meningkatkan lagi serangan sekiranya tekanan ketenteraan berterusan.Sementara itu, kepimpinan AS memberi bayangan kemungkinan tindakan ketenteraan lebih agresif dalam tempoh terdekat, sekali gus meningkatkan risiko konflik berskala besar di Asia Barat.

Go to News Site