Collector
Nelayan hilang selepas keluar candat sotong sendirian | Collector
Nelayan hilang selepas keluar candat sotong sendirian
Sinar Harian

Nelayan hilang selepas keluar candat sotong sendirian

KUANTAN - Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas ketika keluar mencandat sotong di kawasan perairan daerah ini sejak Rabu lalu.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bot gentian kaca sepanjang kira-kira tujuh meter digunakan mangsa ditemui terdampar di Pantai Sepat pada Khamis.Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63 dari Taman Beserah Ria keluar sendirian ke laut kira-kira jam 10 pagi pada Rabu untuk mencandat sotong."Mengikut maklumat anaknya, mangsa akan keluar pagi dari Jeti Tanjung Api di sini dan akan pulang semula pada keesokan harinya sebelum berlabuh di jeti yang sama," katanya.Zulfadli berkata, susulan maklumat diterima sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi penemuan bot terbabit."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan pencarian di kawasan pesisir pantai."Sehingga jam 10.30 pagi ini (Jumaat) mangsa masih belum ditemui," katanya.

Go to News Site