Collector
Subsidi untuk nelayan mencukupi - LKIM | Collector
Subsidi untuk nelayan mencukupi - LKIM
Sinar Harian

Subsidi untuk nelayan mencukupi - LKIM

IPOH - Subsidi yang diberikan kerajaan kepada golongan nelayan ketika ini masih mencukupi dan tidak wajar dipertikaikan, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.Beliau berkata, nelayan masih menikmati pelbagai bentuk bantuan termasuk subsidi bahan api pada kadar RM1.65 seliter bagi Zon A, B dan C, selain elaun sara hidup serta insentif tangkapan ikan.Menurutnya, kuota 70 juta liter diesel sebulan yang diperuntukkan kepada nelayan juga merupakan komitmen besar kerajaan dalam memastikan sektor perikanan terus berkembang dan nelayan dapat meningkatkan produktiviti tangkapan."Ini bukan satu jumlah yang kecil, jumlah yang cukup besar melibatkan ratusan juta ataupun mungkin mencecah satu bilion lebih subsidi yang perlu dikeluarkan."Kalau nak kata nelayan merungut itu tidak betul kerana mereka masih menikmati subsidi, selain sumber ikan di laut ketika ini juga sedang banyak."Apa yang kita nakkan daripada subsidi adalah nelayan meningkatkan produktiviti mereka, bermaksud pengeluaran ataupun tangkapan ikan itu bertambah," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Program Jualan Ikan Murah sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2026 Perak di Khemah Jualan Agro Madani di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini pada Jumaat.Hadir sama, Pengarah LKIM Perak, Ahmad Zulkifli Ismail.Muhammad Faiz berkata, subsidi yang diberikan kerajaan bertujuan menampung sebahagian kos operasi dan bukannya keseluruhan perbelanjaan nelayan."Subsidi ini bersifat membantu sebahagian kos sahaja. Ia bukan menanggung keseluruhan kos operasi nelayan."Sebab itu kita tetapkan had tertentu termasuk penggunaan petrol maksimum 50 liter sehari bagi setiap nelayan. Jika memerlukan lebih, mereka perlu menampung kos tambahan tersebut sendiri," katanya.Sementara itu, beliau memaklumkan, lambakan bekalan ikan ketika ini turut membantu menstabilkan situasi pasaran selain memastikan bekalan makanan laut mencukupi untuk rakyat.Menurutnya, faktor musim yang menyaksikan hasil tangkapan meningkat membolehkan pelbagai program jualan murah dilaksanakan di seluruh negara.Dalam perkembangan sama, program jualan murah yang diadakan pada Jumaat menawarkan kira-kira satu tan metrik ikan melibatkan pelbagai spesies termasuk ikan bawal emas, kembung, selayang, selain udang, sotong, kerang dan ketam.Katanya, hasil laut seperti kerang dan kupang yang banyak diternak di kawasan Sungai Tinggi turut diberikan secara percuma kepada pengunjung bertuah sebagai usaha menarik lebih ramai orang mendapatkan bekalan pada harga berpatutan."Program ini diadakan di seluruh negara dan kita lancarkan ketika ini kerana bekalan ikan yang banyak di pasaran."Dengan adanya lebihan bekalan, rakyat boleh menikmati harga lebih rendah melalui jualan terus seperti ini," katanya.Program Madani Rakyat 2026 Perak berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini, menawarkan pelbagai inisiatif kepada rakyat termasuk jualan barangan keperluan pada harga mampu milik.

Go to News Site