Collector
Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin, kenderaan di parkir sekolah | Collector
Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin, kenderaan di parkir sekolah
Sinar Harian

Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin, kenderaan di parkir sekolah

KULIM - Dua kenderaan rosak selepas sebuah kereta dipandu seorang guru hilang kawalan dalam kejadian di parkir sebuah sekolah menengah di sini, pagi Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faizal Tengku Yeng berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa guru berusia 55 tahun itu sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir sekolah berkenaan.Menurutnya, kenderaan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum mengundur ke belakang dan melanggar kantin sekolah."Kita difahamkan, guru berkenaan cuba untuk mengawal semula kenderaannya ke hadapan tetapi gagal dan menyebabkan kenderaan tersebut seterusnya melanggar sebuah kereta milik guru lagi yang sedang parkir."Kemalangan berpunca daripada kecuaian guru tersebut yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, akibat daripada itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan di bahagian bumper hadapan dan belakang, bonet hadapan, fender bahagian hadapan, lampu hadapan kanan dan kiri.Tambahnya, guru berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan.Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Go to News Site