Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Usaha melahirkan lebih ramai hafizah al-Quran terus diperkasakan oleh Madrasah Tahfiz Al Quran Ummu Waraqah (Madtaqwa) yang mencatat pencapaian terkini membanggakan apabila 43 pelajarnya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk.Pengasas Madtaqwa, Abd Haffizd Abd Karim berkata, pencapaian itu adalah hasil komitmen tinggi para pelajar yang istiqamah menghafaz al-Quran meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian.Menurutnya, rutin harian pelajar yang bangun sepertiga malam, mengulang hafazan serta menjaga disiplin diri menjadi antara faktor utama kejayaan mereka."Bayangkan setiap huruf al-Quran yang dibaca di madrasah ini bukan sahaja membentuk peribadi pelajar, malah memberi manfaat berpanjangan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, pihak madrasah sentiasa berusaha menyediakan persekitaran kondusif termasuk keperluan asas pelajar seperti penginapan dan makanan bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar."Keutamaan kami adalah memastikan kebajikan pelajar terjaga supaya mereka dapat memberi fokus sepenuhnya kepada hafazan dan ibadah," tambahnya.Orang ramai yang ingin mengetahui lanjut mengenai program atau menyokong usaha pendidikan ini boleh menyalurkan sumbangan melalui ke akaun Maybank 551623215231 (Madrasah Tahfiz Al Quran Ummu Waraqah) atau menghubungi pihak madrasah terus melalui 0136417186.Sumbangan ini akan membantu pelajar melaksanakan hafazan dan ibadah dengan lebih sempurna, serta menjadi saham akhirat kepada penyumbang.
Go to News Site