Collector
Skandal NexG: Victor Chin tinggalkan negara, Hanifah Noordin jangan lepas tangan - MCW | Collector
Skandal NexG: Victor Chin tinggalkan negara, Hanifah Noordin jangan lepas tangan - MCW
Sinar Harian

Skandal NexG: Victor Chin tinggalkan negara, Hanifah Noordin jangan lepas tangan - MCW

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NexG Bhd (NexG), Datuk Abu Hanifah Noordin perlu mengambil tanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan berhubung perbelanjaan RM303.7 juta antara November 2024 hingga September 2025.Perbelanjaan tersebut berlaku ketika Victor Chin Boon Long memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat berkenaan.Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, sebagai individu yang berada dalam kedudukan kepimpinan tertinggi syarikat sepanjang tempoh tersebut, Abu Hanifah tidak boleh berdiam diri atau mengelak daripada memberi penjelasan kepada umum.Menurutnya, ketiadaan Victor Chin yang dikatakan telah meninggalkan negara ketika siasatan sedang berjalan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan kepada pemegang saham dan pelabur."Dalam prinsip tadbir urus korporat, tanggungjawab tidak terletak kepada seorang individu sahaja, sebaliknya melibatkan keseluruhan struktur kepimpinan syarikat."Justeru, CEO sebagai peneraju organisasi perlu tampil memberi penjelasan yang telus, menyeluruh dan berfakta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, sebarang perbelanjaan berskala besar yang menimbulkan persoalan awam perlu dihuraikan secara profesional termasuk aspek penggunaan dana, proses kelulusan, kawalan dalaman serta pihak yang terlibat dalam membuat keputusan.Mengulas lanjut, Jais berkata, isu melibatkan NexG kini bukan lagi sekadar isu dalaman syarikat, sebaliknya telah berkembang menjadi isu nasional yang memberi kesan kepada keyakinan pelabur serta reputasi pasaran modal negara.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kepimpinan NexG perlu segera tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan keyakinan pasaran.Tambahnya, prinsip akauntabiliti bersama perlu ditegakkan memandangkan setiap keputusan kewangan besar dalam syarikat tersenarai melibatkan pelbagai lapisan kelulusan."Dalam masa sama, kepentingan pemegang saham termasuk pelabur runcit dan institusi mesti diutamakan kerana mereka berhak mendapat penjelasan yang jelas dan telus," katanya.Beliau turut menggesa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan secara menyeluruh."Jika seorang individu hilang, sistem tidak boleh hilang bersamanya."Kepimpinan syarikat mesti berdiri di hadapan, bukan bersembunyi di belakang keadaan," katanya.

Go to News Site