Sinar Harian
SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isteri, Nur Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 31 Mac lalu berhubung hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengesahkan perkara itu selepas dihubungi pada Jumaat.Menurutnya, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin telah memfailkan permohonan kebenaran secara ex parte terhadap Fazura berkaitan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah mengenai hak lawatan Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.Peguam berkenaan berkata, prosiding komital itu berpotensi menyebabkan Fazura dikenakan tindakan penjara sekiranya didapati melanggar perintah mahkamah tersebut."Berdasarkan rekod mahkamah, permohonan itu difailkan oleh Fattah pada awal Februari."Bagaimanapun pada 31 Mac 2026, Hakim Syarie, Tuan Salehan Yatim memutuskan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah," katanya.Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari di sini pada 7 Oktober 2024.Mereka telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Go to News Site