Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan migran warga Bangladesh dikenali sebagai Geng Ashraf yang aktif sejak awal tahun lalu akhirnya tumpas selepas tempat persembunyian dan transit haram mereka di sekitar Ampang dekat sini digempur pada Jumaat.Serbuan di kawasan lot kedai itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula jam 12.40 tengah malam.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pasukan operasi terpaksa memecahkan pagar dan pintu utama premis sebelum berjaya masuk untuk membuat pemeriksaan.Menurutnya, seramai 27 lelaki warga Bangladesh yang disyaki telah diseludup masuk ke Malaysia berjaya ditahan."Turut ditangkap tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai ahli sindiket yang bertindak sebagai fasilitator dan penjaga rumah transit."Berdasarkan maklumat awal, imigran ini telah masuk ke negara jiran sekitar tiga hari lalu sebelum diseludup masuk ke Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, sindiket ini dipercayai menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan sebelum dibawa terus ke Lembah Klang untuk dihantar ke destinasi tertentu.Katanya, sindiket mengenakan bayaran sehingga RM8,000 bagi setiap imigran yang diseludup."Siasatan juga mendapati sindiket dianggarkan telah mengaut keuntungan sekitar RM2.4 juta sejak beroperasi," ujarnya.Jelasnya, kesemua imigran berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Tegas Zakaria, JIM akan meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ATIPSOM 2007.
Go to News Site